Feed on
Posts
comments

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah… Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan…

“Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?”

Pelajar itu menjawab..

“Okey.. boleh saja…!”

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

“Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?”

“Kerana …” jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan…

“… Saya adalah penjaga gol!”

em… Ibu….

Satu perkataan yang penuh dengan kekuatan, keteguhan,  kesinambunagan dan yang utama ialah kasih sayang yang tiada bandingannya… Em… walaupun aku di lahirkan tidak memiliki naluri seorang ibu, tetapi semakin hari aku semakin aku memahami keperitan, suka dukamu ibu…

Setiap Pengorbanan yang engkau berikan, pasti tiada nilai gantinya.. walaupun dengan berjuta ringgit sekali pun..aku masih tidak mampu membayarnya.  Setiap uratmu yang putus dan darah yang mengalir ketika kau melahirkan aku.. kau sambut dengan senyuman…. tiada sedikit pun di wajahmu rasa keperitan, kesakitan, dan kepayahan…

Ibu kau lah permata hati ku… setiap kali masalah yang menimpa diriku pasti kau mengetahuinya dahulu.. seolah2 kau merasai apa yang aku lalui. Em tiada yang dapat mengantikan dirimu….

Kawan2 mari kita renungkan, Apakah pengorbanan yang kita telah buat untuk ibu kita… Apa pun jua pengorbanan yang kita lakukan, kita pasti tidak dapat menandingi beliau… Jadi jangan lah kita derhaka kepadanya.. Insaflah.. seburuk mana dia, sejahat mana dia, dia tetap ibu kita…. tegurla ia jika dia silap, Bantulah dia apa yang temampu…. kerana dirinya begitu beharga…

SELAMAT HARI IBU

Kepada semua IBu serta Bakal2 Ibu….

Dirimu begitu Berharga

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat,
kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis
Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-
anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana
terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah ‘Ya Allah, apa dosa saya
hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini.”

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa
masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan
sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan
menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap
titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah
swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan
suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya
termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain
supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

_________________________________________________________________________

Em… Wanita … 1 Pktn penuh dengan Kekuatan…. DI saat payah Bergelar Ibu.. Kau masih mampu  tersenyum…. Jika perkara yang begitu sukar kau dapat tempuhi… Aku percaya setiap perkara di atas mampu kau lakukan, Wanita Di kau merupakan 1 makhluk ciptaan ALLAH yang Unik…. Buktikan ia jika kau layak untuk bergelar Unik…. Perkara di atas akan membantu mu menjadi suatu yang unik…… di sisi Allah, Lelaki, mahu pun anak

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,

tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini

menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada

kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan

makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini

menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit

dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan

enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma

simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti

anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam

bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,

mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka

yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di

dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara

perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah

dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan

kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-

gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti

ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman

masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan

kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika

anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam

bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat

kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan

dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda

makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada

keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda

boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh

membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda

dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda

untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus

memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit

minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran

dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin

tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di

sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak

makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan

membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu

kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan

santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.

Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan

keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan

segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan

dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan

dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,

kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan

otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

nak kenali personaliti seseorang tu.Kadangkala orang boleh hipokrit dari segi luarannya kan ? Ha..untuk meneruskan lagi acara penujuman kita,kali ini jom kita sama-sama menyelidik personaliti seseorang menerusi satu amalan orang Jepun pula yang dikenali sebagai ‘Meisu’ yang bermaksud angka kehidupan! Meh la!!!

Senang saja. Lebih kurang sama dengan cara kita mengenali personaliti menerusi abjad nama kita. Kamu perlu jumlahkan angka tahun,bulan,dan hari kelahiran kamu. Setelah itu,jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9. Tapi ingat,jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1. Contoh:

Tarikh kelahiran kamu ialah: 24hb Februari 1975
Jumlah angka tahun kelahiran 1975
= 1 + 9 + 7 + 5

= 22

= 2 + 2

= 4

Jumlah angka hari dan bulan
= 24 + 2

= 2 + 4 + 2

= 6 + 2

= 8

Jadi
= 4 + 8

= 12

= 1 + 2

= 3

@

24hb Februari 1975:
= 2 + 4 + 2 + 1 + 9 + 7 + 5

= 30

= 3 + 0

= 3

BERMAKNA KAMU HARUS MERUJUK ANGKA KEHIDUPAN NO. 3
SELAMAT MENCUBA!!!

ANGKA KEHIDUPAN 1
Kamu seorang yang tidak suka terikat dengan sebarang komitmen yang membuatkan kamu rasa tertekan dan terkongkong. Kamu juga tidak suka bergantung kepada orang lain dan yakin dengan kebolehan diri sendiri selain memiliki prinsip diri yang tinggi. Sifat ramah membuatkan kamu mudah meraih ramai kenalan tapi seringkali juga kamu kehilangan mereka dek kerana sikap kamu yang suka mangongkong.

Kelemahan diri:
Wah! Rupanya kamu ini seorang yang suka mengawal orang lain. Tak elok tu. Sifat kamu yang ‘terlalu prihatin’ kadangkala merimaskan bahkan seolah-olah ‘mak cik senduk’ pula. Sifat kamu yang suka mengkritik orang lain membuatkan kamu menyakiti atau mengecilkan hati orang lain tanpa kamu sendiri sedari. Selain itu, kamu juga terlalu bangga dengan kelebihan diri sendiri sehingga terlupa bahawa kamu juga mempunyai kelemahan!

ANGKA KEHIDUPAN 2
Ia melambangkan kamu ini seorang yang setia dan taat tidak kira kepada orang atasan ataupun pasangan hidup. Kamu juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kamu tanpa banyak soal. Oleh sebab itu kamu sesuai bekerjasama dan bekerja secara berkumpulan. Sifat kamu yang pandai bergaul membuatkan kamu ramai teman. Namun biasanya kamu akan mencapai kejayaan dengan bimbingan orang lain seperti orang atasan. Sifat kamu yang sederhana membuatkan hidup kamu lebih bahagia.

Kelemahan diri:
Sebenarnya kamu ini tidak mempunyai citi-cita yang tinggi. Kamu cepat berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kamu raih. Bahkan kamu juga terlalu serius memikirkan soal masa depan. Kadangkala kamu cepat membuat keputusan sehingga kamu sendiri sesali nanti bila kamu sedar ia kurang tepat. Kamu juga kurang tabah untuk menghadapi rancangan dan rintangan hidup.

ANGKA KEHIDUPAN 3
Nampaknya kamu ini seorang yang ‘happy go lucky’ orangnya dan optimistik. Sifat sebegitu membuatkan kamu disenangi ramai apatah lagi kamu bijak mengambil hati teman-teman. Kamu juga tidak kekok untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendak tahu apa yang tersirat dihati mereka? Lihat saja air muka mereka. Pasti ia tergambar dengan jelas dan nyata kerana mereka tidak pandai menyembunnyikan perasaan. Jika mereka dapat mengatasi sifat ragu-ragu,pasti kejayaan dapat dicapai!

Kelemahan Diri:
Sah! Kamu ini kurang tabah untuk manghadapi cabaran hidup. Selalu saja keraguan bersarang di hati. Cuba atasi kelemahan itu yek! Anggaplah cabaran itu sebagai bunga-bunga hidup!

ANGKA KEHIDUPAN 4
Selalunya orang yang terletak di bawah angka kehidupan ini agak senang kehidupan mereka. Mereka jarang menghadapi kesulitan dari segi material. Tapi tidak hairanlah mereka mampu hidup senang kerana sikap mereka yang rajin berusaha. Selain itu, sifat patuh membuatkan mereka disayangi oleh orang atasan dan si dia. Mereka juga jenis yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

Kelemahan Diri:
Kamu ini seorang yang selalu berpegang teguh kepada adat hinggakan kadangkala menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Kamu juga seorang yang keras kepala. Putih kata kamu putihlah jawabnya. Satu lagi sifat negatif kamu, sukar untuk mempercayai orang lain!

ANGKA KEHIDUPAN 5
Bagi kamu, hidup ini hanya sekali saja. Tidak ada faedah memikirkan perkara lepas yang mengguris hati. Kamu lebih suka memandang ke depan dan bersemangat tinggi. Kamu juga suka mencari perubahan dan pembaharuan. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah tugasan luar pejabat yang tidak mengongkong kebebasan kamu. Namun kamu sukakan kehidupan yang damai dan privacy. Satu lagi sikap kamu, tak suka cari pasal dengan orang lain!

Kelemahan Diri:
Oleh kerana kamu suka membuat pembaharuan, kadangkala terlalu ‘excited’ mengejar sesuatu yang baru sedangkan rancangan lama masih belum siap lagi! Kamu juga agak boros apabila menyentuh soal duit. Selain itu, kamu cepat bosan dan suka bertukar kerja. Awas! Kadangkala mereka ini juga suka menukar pasangan!

ANGKA KEHIDUPAN 6
Mereka yang bernaung di bawah angka kehidupan ini seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga perhubungannya dengan orang lain. Mereka juga berjiwa patriotik dan suka bersederhana dalam serba serbi. Mereka juga sukakan kehidupan yang damai dan bencikan pergaduhan. Sebab tu bila ada teman yang bertekak, mereka buat tak reti. Nanti memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini sesuai dijadikan orang tengah kerana mereka ini takkan berat sebelah.

Kelemahan Diri:
Hai..gila kuasa nampak? Tanpa sedar, kadangkala mereka ini akan ambil tugas orang lain. Mereka juga selalu gelisah bila ditimpa masalah walaupun remeh. Dalam soal cinta, mereka ini juga agak keterlaluan. Asyik nak berkepit aje!

ANGKA KEHIDUPAN 7
Biasanya mereka yang berada di bawah angka ini mempunyai pemikiran yang tinggi dan suka berfikir secara logik. Mereka juga pandai memulakan komunikasi walaupun dengan orang yang pertama kali bersua. Sebab tu mereka ini mudah jalinkan persahabatan dengan orang lain. Selain itu, kebiasaannya keputusan yang mereka buat pasti tepat dan tidak akan disesali di kemudian hari.

Kelemahan Diri:
Mereka ini sering berasa gelisah dan curiga. Boleh jadi pengkritik yang baik kerana sifat mereka yang suka mengkritik. Jangan macam tu kamu pun bukannya ‘perfect’ sangat! Sifat kamu yang pentingkan kesempurnaan membuatkan diri kamu sering dipermainkan teman-teman. Padan muka!

ANGKA KEHIDUPAN 8
Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis!

Kelemahan Diri:
Eh! Dahlah materialistik, boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.

ANGKA KEHIDUPAN 9
Syabas! Kamu bersifat dermawan dan berperikemanusiaan. Kamu juga prihatin terhadap pemasalahan orang lain terutamanya yang rapat dengan kamu. Dari segi penampilan, kamu sentiasa pastikan diri kamu kemas dan ber*sensor*a. Pergaulan pula, kamu pandai membawa diri dan sering mengalah. Malas nak cari gaduh!

Kelemahan Diri:
Kelemahan kamu, hidup yang tidak terurus! Kamu juga sensitif yang tidak bertempat dan berjiwa pemberontak. Satu lagi, berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini suka bertukar pasangan seperti mereka suka tukar kerja! Selagi tak puas hati, selagi itulah mereka akan mencari! Satu lagi sifat mereka, suka menyendiri dan tak suka diganggu lebih-lebih lagi time mood tak betul!

Karya Asal: white_ranger

Kawan yang selama ini kamu kenali sudah bertahun-tahun lamanya, tiba-tiba membuatkan hati anda berdebar-debar dan jatuh cinta.

Adakah hubungan ini akan berjalan dengan lancar?

JIKA dahulu, kamu menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman yang paling setia mendengar masalah anda, kini lain pula situasinya.

Apa yang berlaku kini ialah situasi yang dilalui kamu berdua tiba-tiba menjadi suatu kejutan besar bak dentuman gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Kawan yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa kamu.

Persoalannya, adakah hubungan kamu akan berjalan dengan lancar sekiranya bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti kamu? Dan adakah kamu harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Begitulah yang akan berlaku sekiranya hati seorang sahabat seperti kamu mengalami perubahan cinta yang drastik setelah sekian lama berkawan biasa dengannya.

Apabila kamu dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya, sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya kamu khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan saling benci-membenci, kamu harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

*Kamu harus menyukai seluruh peribadinya. Kamu juga perlu tahu bagaimana perubahan hatinya, apakah yang membuatkan dia bahagia sekiranya menjalin hubungan cinta dengan kamu dan apakah perkara yang perlu dihindari.

*Kamu sanggup melewati suka dan duka bersama, tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dahulu.

*Kamu mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, kamu seharusnya mempunyai nilai-nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua belah pihak.

Kontra

*Memandangkan kamu berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, maka tiada lagi hal-hal yang boleh membuatkan kamu perlu bertanya atau mencipta keterujaan. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

*Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat. Tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

*Malah sikap seperti cemburu dan syak wasangka yang melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dahulunya hanya seorang teman biasa.

*Sebagai sahabat, hubungan kamu berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Kamu akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik.

Dan siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan kamu?

Risiko bercinta dengan sahabat?

Daripada segi pro dan kontra yang telah disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa kamu ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Kamu merasakan telah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya akan berubah.

Sementara aspek lain pula, terdapat risiko yang harus kamu hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan meluahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Ingat, kamu tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap kamu sekiranya kamu takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila kamu berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan. Selamat mencuba

Kesimpulanya: Cinta itu abstract dan amat payah  untyk di fahami… Untuk  mencapai hubungan yang stabil perlulah ada tolak ansur dan faham memahami. Kita haruslah menerima si dia seadanya… tegur lah ia kalau beliau melakukan kesalahan..

I make big mistake

Wau i make big mistake … em i don’t  know how to satisfied someone.. em.. problem… problem and problemmmmmm… i’m so sorry to my gurlz that i make mistake to write something will give back influence to her..

I don’t know how to explain but i make some mistake here because people can’t stop to tell everyone about this… info.. because that is the life of human that can stop to tell everything to everyone… Hu..hu.. wau nice… Em… i hope people will always think about him/ her self before talk about others people…In other words, Check your self before sperate info that you don’t know the truth it…

I hope my blog that not for “mengumpat” coz.. it’s can affect other people feeling … I hope what i tell u all will be gone today… This becoz…. I make a big mistake..  in two days… hu..hu…

Em i want to tell my gurlz - I’m really sorry…..

Hai… All.. Especially to blogger and hacker, I just watch some movie that has been told about u all. I don’t remember the title but i like it very much. If i been give to rank it, i will give 5 starts for this kind of movie

In the movie, ever things happened in the world has been control 100% by government. Newspaper, Radio, televisions and all media has been limit by government. people don’t know what really happen in outside world. Something bad just happened to our community. all dead people come back life and attack all people. In this situation many people hide and run from this kind of monster which kill them.

I love this part, The hacker and blogger not afraid to tell people what is really happen and how to pretend this kind of problem and defenseless from it. Wau this make me appreciate the blogger and hacker. Some of them take their life as cost to give information to others… in this situation media is dead. Only Blogger and hacker have their power to give truthfully information to others

So from this movie, we need to appreciates blogger and hacker which give some info to open our mind and make certain decision. Sometimes not all info we get from media like newspaper, radio, Televisions is always right… come on think about it…

Don’t make decision without do some homework. If u are this people, u are loser ….. Think carefully especially people who want to go to work life. The theoretical is not the way…. See ya.. come think About It

just ignore this if u not take ISP paper…

Wau u all ready to hear this? ha..ha.. my carry mark is only 50% of 40 it’s means that i only have 20… wau it’s hard to believe? how can i score this paper… em… what ever it take i must get ready to cover back my marks.. The problem is…. I don’t know how to study this paper? wau… this also make me headaches… em i just look around and think what to do untill i sleep this afternoon.

Wau.. in my dream i feel i study this subject and learn many things. an example about preparation on practicum… i also learn how to self motivate, how to conduct my emotional and so on… wau i learn in a dream… may be it’s the way how to i get back my marks… Hu..hu…

i think this subject is not to hard to score but i think about to much … I remember certain part that has been told by him that need to be focus… an example quiz and exercise that had been given by him… I think that kind of pattern will come out in question 1and the answer i need to memorize… the second part i think it more on Individual behavior and certain part that had been mark by him…

I will check back which part has been mark by him…i will study smart now, not study hard… What things i need to do now

wau… i don’t know.. this just about a dream… hu..hu.. i hope this will help me to kick back the question in exam… i will try my best to study, answer and score this subject wish me luck

To All Student who Take ISP I wish U all the Best and GOOD LUCK especially My gurlz

Hai all tadi aku dah comment Bilo punya blog,tapi sebenarnya aku cuak jugak nk praktikal kat syarikat cina nie… em.. x tau nak ckp apa… Semalam aku call kawan2 aku yang dah lama dalam bidang pekerjaan terutama yang ada background accounting la. Ada yang moral up kan aku ada yang bagi down sungguh2.

Diaorang ckp syarikat cina nie ada kontra. Ada yang Ok, Ada yang :(    em.. aku pun x tau.. la nk ckp apa. Aie kawan aku dia ckp aku kene sediakan mental n fizikal… tak tau.. la teruk mana aku kene buli nanti. Dia ckp kalau tido kat pejabat normal bagi lelaki.. Em tapi aku harap x de la tido pejabat mati aku. dia ckp lagi tempoh 6 bulan mungkin akan jadi kebahagiaan bagi aku ataupun maut bagi aku.

em.. dia ckp selagi x siap keje x leh la nk balik. Kalau dapat bos baik dapat la balik umah. Tapi yang bestnya ada jugak dia ckp syarikat Melayu yang ganas2 lagi2 date line nk submit kat clent tinggal 2,3 hari…. Bkn bdk laki je x balik siap2 perempuan pun x balik. Aku bukan nk takutkan korang tapi ini kenyataan.

dia bagi tau lagi, kalau korang x dapat terima tekanan masa praktikal nie, Kuburkan la cite2 korang nk keje kat bidang corporate nie. em.. dia kata praktikal 6 bulan nie mcm ujian perlepasan sama ada kita mampu atau pun tidak utk msk dalam bidang nie. Dia ckp, tekanan audit lebih tinggi dari accounting.. so kalau korang rasa x mapun nk join audit join la accounting. x pun jadi cikgu je senang.. hu..hu… em strat gaji cikgu dah RM 2200 bnyk tu…

Tapi nasihat yang paling menyenangkan ati aku, dia ckp apa2 pun kita kene terima dgn hati redha setiap benda yang berlaku.  setiap benda yang berlaku pasti ada kebaikkan. dia ckp mungkin syarikat tu jadi batu loncatan utk aku capai tahap yang tinggi seperti Senior accounting. dia kata 6 bulan praktikal nie amat sekejap dan bnyk benda yang aku masih perlu belajar utk aku join bidang nie.

Pakcik aku ckp plak, aku kne bnyk tenangkan diri, Jgn pressure sgt. Normal la.. dalam bidang nie semua orang tension. x denya dalam dunia nie keje yang senang dik Oi. Bak kata orang nk dapatkan duit RM 100 pun payah. X de orang nk bagi duit free2 je.. dia ckp kalau tkt terima cabaran tak yah jadi manusia. Baik jadi kucing ke burung ke hamster ke… senang hidup

Uh.. pnt type nie.. korang pikir la sendiri. Yang dapat syarikat besar aku ucapkan tahniah. Yang dapat syarikat audit korang sebenarnya dah melangkah lebih jauh dari bdk2 yg dapat syarikat Besar2. so jgn kecewa sebab korang akan belajar bnyk benda dlm syarikat audit.  dia kata korang akan paham apa sebenarnya belaku dalam account syarikat. Korang yang boleh wat creative account. aku tau ckit2 je benda nie. contohnya nk avoid tax. aku tau mcm mn nk consultant nk avoid tax tapi x elok la.. tapi aku rasa korang mungkin hbt dari aku

Older Posts »